Posted by Rifan Syambodo
Categories:
Label:
Fakta Perang
,
Perang di Asia
Pencarian Iman oleh sahabat Rasulullah yang oleh Rasulullah sendiri diibaratkan sebagai bintang yang dapat dicapai oleh Salman al-Farisi sangat menginspirasi para pejuang kaum muslimin, para shahabat, maupun kita sebagai umat Rasulullah. Sumbangan terbesar Salman Al-Farisi adalah pemikirannya yang cemerlang dalam pembuatan parit untuk membendung pasukan Quraisy dalam Perang Khandaq, sebuah strategi perang yang belum dikenal oleh kaum Arab sebelumnya..
PERJUANGAN SALMAN DALAM PENCARIAN IMAN
Salman dilahirkan dengan nama Persia, Rouzbeh, di kota Kazerun, Fars, Iran. Ayahnya adalah seorang Dihqan (kepala) desa. Dia adalah orang terkaya di sana dan memiliki rumah terbesar.
Kisah Salman diceritakan langsung kepada seorang sahabat dan keluarga dekat Nabi Muhammad bernama Abdullah bin Abbas: Diriwayatkan oleh Salman r.a, bahawa dia telah meriwayatkan kisahnya:
“Aku merupakan seorang pemuda Parsi tinggal di Asbahan di sebuah kampung yang dipanggil (Jian), ayah aku merupakan seorang ketua kampung dan dari kalangan orang yang paling kaya dan mendapat kedudukan yang tinggi.
Semenjak aku dilahirkan aku merupakan orang yang paling suka terhadap apa yang diciptakan oleh Allah kepadanya, begitu juga dengan kasih sayangnya kepadaku berkekalan malah semakin bertambah beberapa hari sehingga aku dikurung di rumah sebagaimana dia mengurung anak perempuan kerana bimbang terhadap diriku.
Aku seorang yang kuat berjuang mempertahankan agama majusi sehingga dari pagi lagi aku ke tempat penyembahan api yang kami sama-sama sembah, malah aku di amanahkan untuk menyalakan api tersebut agar ia tidak terpadam siam ataupun malam.
Ayahku memiliki sebuah ladang yang besar dan mengeluarkan hasil yang sangat lumayan kerana ayahku sendiri yang menguruskan ladang tersebut dan merasai hasilnya.
Pada suatu hari, ayahku ingin pergi ke kampung Syaghil, lalu dia berkata kepadaku: Wahai anakku, sesungguhnya aku telah berusaha sebagaimana yang kamu lihat terhadap ladang itu. Maka pada hari ini pergilah kamu ke ladang itu untuk mengganti aku menguruskannya. Lalu aku pun keluar dengan niat menuju ke ladang tersebut.
Di tengah-tengah jalan aku melalui salah sebuah gereja kristian, lalu aku mendengar suara mereka yang sedang sembahyang dari dalam gereja tersebut, aku pun menumpukan perhatianku terhadap ucapan mereka. Aku sebenarnya tidak tahu sedikitpun berkenaan dengan urusan agama Kristian atau urusan agama-agama lain oleh kerana halangan yang dilakukan oleh ayahku di rumah kami dari orang ramai. Setelah aku mendengar suara mereka, aku pun terus masuk ke dalam gereja mereka untuk mengetahui apakah yang dilakukan oleh mereka.
Apabila aku memerhatikan cara mereka sembahyang, aku merasa tertegun. Lalu aku merasa berminat kepada agama mereka dan aku berkata: “Demi Allah sesungguhnya agama ini adalah lebih baik dari apa yang kami lakukan”. “Demi Allah aku tidak akan meninggalkan gereja ini sehingga matahari terbenam dan aku juga tidak akan pergi ke ladang ayahku. Kemudian aku menyoal mereka: Dari manakah agama ini berasal? Mereka menjawab: Dari negeri Syam.
Setelah malam baru aku pulang ke rumahku, tiba-tiba aku terserempak dengan ayahku dan dia bertanya apakah yang telah aku lakukan. Aku berkata: Wahai ayahku, sesungguhnya aku melalui kawasan sekumpulan manusia yang sedang sembahyang di dalam gereja mereka. Aku terasa kagum terhadap agama mereka. Oleh sebab itulah aku berada bersama mereka sehinggalah matahari terbenam. Lalu ayahku merasa bimbang terhadap apa yang aku lakukan itu dan dia berkata: Wahai anakku, itu bukanlah agama yang paling baik, sesungguhnya agama kamu dan agama ayah kamu itulah yang lebih baik.
Aku berkata: Tidak wahai ayahku, agama mereka lebih baik dari agama kita. Lantas ayahku mula terasa bimbang terhadap jawapanku itu dan dia juga bimbang aku akan berpaling dari agama majusi. Lalu dia mengurung aku di rumah secara mengikat kaki dan badanku.
SALMAN PERGI KE NEGERI SYAM
Setelah suasana mengizinkan, aku terus menghantar utusan kepada Nasrani dan aku memberitahu kepada mereka: Apabila datang kendaraan yang ingin menuju ke negeri Syam maka beritahulah kepadaku. Setelah beberapa ketika datanglah kendaraan yang ingin menuju ke negeri Syam, lalu Nasrani tersebut memberitahu kepadaku.
Aku terus mencoba membuka ikatan yang mengikat badanku sehinggalah berhasil, aku pun terus keluar bersama rombongan tadi secara sembunyi sehinggalah sampai ke negeri Syam. Apabila kami tiba di sana, aku pun bertanya: Siapakah lelaki yang paling mulia bagi agama Nasrani ini?. Mereka berkata: Al-Asqaf penjaga gereja.
lalu aku bertemu dengan lelaki tersebut dan berkata: Sesungguhnya aku tertarik dengan agama kamu dan suka untuk bersama kamu, berkhidmat untuk kamu, belajar dengan kamu dan sembahyang bersama kamu. Lelaki itu berkata: Masuklah.
Aku pun masuk ke dalam gereja itu dan mula berkhidmat kepadanya. Kemudian setelah beberapa waktu aku bersamanya, aku dapat tahu bahawa dia seorang lelaki yang jahat. Dia memerintahkan pengikutnya supaya mengeluarkan sedekah dan menerangkan kelebihan sedekah. Lalu apabila dia diberikan sesuatu supaya dibelanjakan pada jalan Allah, dia menyimpan sedekah yang diberikan itu untuk dirinya dan tidak diberikan kepada fakir miskin sedikitpun sehingga dia dapat mengumpulkan sebanyak tujuh tempayan emas.
Setelah aku melihat sifatnya yang sedemikian, aku mula timbul perasaan sangat marah. Kemudian setelah beberapa ketika lelaki tersebut mati dan pengikut-pengikut agama Nasrani berkumpul untuk menanam mayatnya, lalu aku berkata kepada mereka: Sesungguhnya tuan kamu ini seorang lelaki yang jahat. Dia menyuruh kamu agar mengeluarkan sedekah dan menerangkan kelebihan sedekah. Tetapi apabila kamu membawa sedekah kepadanya, dia menyimpan sedekah yang diberikan itu untuk dirinya dan tidak diberikan kepada fakir miskin walaupun sedikit.
Mereka bertanya: Dari mana kamu tahu semua ini? Aku berkata: Aku akan tunjukkan tempat simpanan hartanya kepada kamu. Mereka menjawab: Tunjukkanlah. Lalu aku menunjukkan tempat harta itu dan mereka mengeluarkan dari tempat itu tujuh tempayan yang penuh dengan emas dan perak. Setelah mereka melihat harta itu, mereka berkata: Demi Allah kami tidak akan menanam mayat ini.
Kemudian lelaki itu di salib dan direjam dengan batu. Setelah berlalu beberapa ketika tempat lelaki tersebut diganti dengan lelaki lain dan aku terus berada bersamanya. Setelah bersamanya, aku dapati dia seorang lelaki yang paling zuhud di dunia, paling mengejar akhirat dan suka melakukan ibadat siang dan malam. Aku terlalu suka kepada lelaki ini, oleh sebab itu aku dapat tinggal bersamanya dengan begitu lama.
Setelah dia hampir mati, aku berkata kepadanya: Wahai Polan nasihatkan kepadaku siapakah yang boleh aku tinggal bersamanya selepas kamu ini? Lalu dia berkata: Wahai anakku, aku tidak mengetahui pada zaman kamu ini melainkan seorang lelaki sahaja yang berada di Al-Muassal yang bernama Si Polan. Dia tidak pernah menyeleweng dan tidak pernah menukar kebenaran, maka ikutlah dia.
Setelah tuanku meninggal dunia, aku terus pergi ke Al-Muassal untuk mencari lelaki tersebut. Setelah berjumpa dengannya, aku menceritakan kepadanya tentang keadaan diriku. Aku berkata kepadanya:
Sesungguhnya lelaki tersebut telah memberi wasiat kepadaku semasa dia hampir mati supaya mencari kamu dan dia menceritakan bahawa kamulah satu-satunya orang yang berpegang teguh kepada kebenaran yang berada pada kamu.
Lalu dia berkata: Tinggallah bersamaku. Lalu aku tinggal bersamanya dan aku dapati dia memang seorang yang sangat baik.
Setelah beberapa ketika sebelum beliau meninggal dunia aku berkata kepadanya:
Wahai Polan telah datang perintah Allah kepada kamu sebagaimana yang kamu lihat dan kamu ketahui tentang keadaan aku, kamu mewasiatkan aku kepada siapakah dan siapakah yang kamu perintahkan supaya aku berjumpa dengannya?
Lalu dia berkata:
Wahai anakku, demi Allah aku tidak tahu adakah masih ada orang seperti kita ini selain seorang lelaki yang berada di Nasibaini iaitu Si Polan, kamu carilah dia.
Setelah tuanku itu dikebumikan, aku berjumpa dengan lelaki yang dikatakan berada di Nasibaini dan aku menceritakan kepadanya tentang diriku dan pesanan yang disampaikan oleh taunku itu. Lalu dia berkata kepadaku: “Kamu tinggalah di sini bersamaku”.
Aku pun terus tinggal bersamanya malah aku dapati kebaikan yang ada pada lelaki ini sama dengan lelaki yang sebelumnya. Demi Allah setelah beberapa ketika dan sebelum beliau meninggal dunia, aku berkata kepadanya:
Sesungguhnya kamu mengetahui keadaan diriku sebagaimana yang telah kamu ketahui, kepada siapakah pula kamu mewasiatkan diriku
Dia berkata:
Wahai anakku, demi Allah aku tidak dapati adakah masih ada seseorang yang hidup seperti kita ini selain seorang lelaki yang berada di Amuriah iaitu Si Polan.
Lalu aku mencari lelaki itu dan menceritakan kisah diriku. Dia berkata: Kamu tinggallah bersamaku. Aku pun tinggal bersamanya dan demi Allah dia berada di atas petunjuk sebagaimana sahabatnya dahulu, malah semenjak aku bersamanya aku memperolehi beberapa ekor lembu dan kambing.
RAHIB MENGANJURKAN SALMAN UNTUK MENEMUI RASULULLAH
Setelah beberapa ketika tibalah ketetapan Allah sebagaimana yang telah ditetapkan kepada sahabatnya yang dahulu, ketika hampir mati aku berkata kepadanya:
Sesungguhnya kamu mengetahui tentang diriku sebagaimana yang kamu ketahui, oleh itu wasiatkanlah kepadaku siapakah orangnya selepas kamu ini untuk aku temui dan apakah pesanan kamu?
Lalu dia berkata:
Demi Allah wahai anakku, seperti yang aku tahu sudah tidak ada seorangpun di atas muka bumi ini yang masih berpegang teguh kepada ajaran sebagaimana yang kita anuti ini. Tetapi suatu hari nanti akan lahir di Semenanjung Tanah Arab seorang nabi yang diutuskan dengan agama Ibrahim. Kemudian lelaki ini akan berhijrah meninggalkan tanah airnya menuju ke negeri yang banyak pokok tamar yang berada di antara dua kebebasan dan pada dirinya terdapat tanda-tanda yang jelas. Dia memakan pemberian hadiah dan tidak makan harta sedekah manakala di antara dua bahunya pula terdapat bukti kenabian. Sekiranya kamu mampu untuk mencarinya di negeri tersebut maka lakukanlah.
Setelah temanku itu wafat aku berada di Amuriah beberapa saat.
KEDATANGAN SALMAN KE SEMENANJUNG ARAB
Pada suatu hari rombongan perniagaan Tanah Arab dari kabilah (Kalb) telah datang ke Amuriah. Aku terus berkata kepada mereka: Sekiranya aku dibawa bersama kamu ke tanah arab aku akan berikan kepada kamu lembu dan kambingku ini. Mereka menjawab: Kami setuju.
Lalu aku memberikan kepada mereka sebagaimana yang aku janjikan dan mereka membawa aku bersama mereka. Sehingga apabila sampai ke sebuah wadi yang bernama Wadi Al-Qura mereka melakukan pengkhianatan terhadap diriku, mereka menjual aku kepada salah seorang Yahudi yang menyebabkan aku terpaksa berkhidmat untuknya.
Kemudian setelah beberapa ketika tibalah sepupu Yahudi tersebut dari Bani Quraizah menziarahinya lalu dia membeli aku dari Yahudi tadi dan membawa aku bersamanya ke Yathrib. Setelah tiba di Yathrib aku melihat pokok-pokok tamar sebagaimana yang telah diceritakan oleh sahabatku di Amuriah dahulu dan aku dapat kenali Madinah sebagaimana yang disifatkan oleh beliau. Dengan itu aku berada di Yathrib dan tinggal bersama tuanku dari Bani Quraizah. Pada ketika ini Nabi s.a.w sedang menyeru kaumnya di Mekah, tetapi aku tidak mendengar berita mengenainya kerana disibukkan oleh kerja-kerja perhambaan yang diwajibkan ke atas diriku.
ISLAMNYA SALMAN AL-FARISI
Kemudian apabila Rasulullah s.a.w berhijrah ke Yathrib, demi Allah ketika itu aku sedang menyusun daun tamar (membuat peneduh) bagi tuanku untuk melakukan kerja di dalamnya. Ketika tuanku berada di bawah peneduh tersebut tiba-tiba datang sepupunya dan berkata kepada tuanku: Semoga Allah memusnahkan Bani Qilah, demi Allah mereka sekarang sedang berkumpul di Quba’ menyambut kedatangan seorang lelaki dari Mekah dan mendakwa dia sebagai seorang nabi.
Setelah mendengar kata-kata tersebut, aku seolah-olah ditimpa demam. Keadaanku itu sangat mengejutkan tuanku sehingga hampir menjatuhkan dirinya dari tempat peneduh tersebut, lalu dia bergegas turun dari gerai tersebut kemudian aku bertanya lelaki tadi: Coba kamu ulangi kata-kata kamu tadi, apa dia? Lalu aku dimarahi oleh tuanku dengan pertanyaan itu dan menumbuk diriku dengan kuat kemudian dia berkata kepadaku: Kenapa dengan kamu ini? Teruskan kerja kamu itu.
Apabila waktu petang, aku mengambil beberapa biji tamar yang telah aku kumpulkan dan aku pergi ke tempat Rasulullah s.a.w dan aku berkata kepadanya:
Sesungguhnya aku telah diberitahu bahawa kamu merupakan seorang lelaki yang soleh dan bersama kamu terdapat beberapa orang yang dagang dan memerlukan bantuan. Ini ada beberapa biji tamar untuk aku sedekahkan kerana aku melihat kamu lebih berhak daripada orang lain.
Kemudian aku mendekatinya, lalu dia berkata kepada sahabatnya: Kamu semua makanlah, sedangkan Rasulullah sendiri masih menggenggam tamar tersebut di tangan baginda dan tidak makan. Aku terus terlintas di dalam hatiku: Telah jelas satu bukti.
Kemudian aku beredar seterusnya aku mengumpulkan lagi sejumlah tamar. Apabila baginda ingin berangkat dari Quba’ ke Madinah aku datang bertemu dengannya dan aku berkata kepadanya:
Aku melihat kamu tidak memakan sedekah dan ini merupakan hadiah sebagai penghormatan dariku.
Lalu Rasulullah memakan sebahagian dari tamar itu dan menyuruh sahabatnya agar makan bersamanya. Lalu aku berkata di dalam diriku: Kini telah jelas dua bukti.
Kemudian aku berjumpa lagi Rasulullah, ketika itu baginda berada di Baqi’ Al-Gharqad yang sedang mengebumikan mayat salah seorang sahabat baginda. Setelah aku melihat baginda sedang duduk dan di badan baginda terdapat sehelai kain serban, aku memberi salam kepada baginda dan berjalan di belakang baginda untuk melihat tanda yang telah disifatkan oleh tuanku di Amuriah suatu ketika dahulu.
Setelah baginda melihat aku sedang memerhatikan belakang baginda, baginda terus mengetahui tujuanku, lalu baginda menarik kain serban dari belakang baginda dan aku terus dapat melihat tanda itu. Dari situ aku dapat ketahui bahawa aku memang telah bertemu dengan lelaki yang aku cari-cari selama ini, lalu aku membuka tanganku dan merendahkan diri serta mengucup Rasulullah s.a.w dan menangis.
Lalu Rasulullah s.a.w bertanya: Apa cerita kamu ni? Lalu aku menceritakan keseluruhan kisahku kepada baginda dan baginda merasa kagum terhadap apa yang aku alami selama ini, malah baginda terlalu suka jika aku dapat menceritakan ceritaku itu kepada para sahabat baginda, lalu aku ceritakan kepada mereka kisah diriku.
Kemudian aku masuk Islam, dan perbudakan menjadi penghalang bagiku untuk menyertai perang Badar dan Uhud. Lalu pada suatu hari Rasulullah menitahkan padaku:’Mintalah pada majikanmu agar ia bersedia membebaskanmu dengan menerima uang tebusan.”
Maka kumintalah kepada majikanku sebagaimana dititahkan Rasulullah, sementara Rasulullah menyuruh para shahabat untuk membantuku dalam soal keuangan.
Demikianlah aku dimerdekakan oleh Allah, dan hidup sebagai seorang Muslim yang bebas merdeka, serta mengambil bagian bersama Rasulullah dalam perang Khandaq dan peperangan lainnya.
PERAN SALMAN AL-FARISI DALAM PERANG KHANDAQ
Beberapa orang pemuka Yahudi pergi ke Mekah menghasut orang-orang musyrik dan golongan-golongan kuffar agar bersekutu menghadapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan Kaum Muslimin, serta mereka berjanji akan memberikan bantuan dalam perang penentuan yang akan menumbangkan serta mencabut urat akar Agama baru ini.
Siasat dan taktik perang pun diaturlah secara licik, bahwa tentara Quraisy dan Ghathfan akan menyerang kota Madinah dari luar, sementara Bani Quraidlah (Yahudi) akan menyerang-nya dari dalam — yaitu dari belakang barisan Kaum Muslimim sehingga mereka akan terjepit dari dua arah, karenanya mereka akan hancur lumat dan hanya tinggal nama belaka.
Demikianlah pada suatu hari Kaum Muslimin tiba-tiba melihat datangnya pasukan tentara yang besar mendekati kota Madinah, membawa perbekalan banyak dan persenjataan lengkap untuk menghancurkan. Kaum Muslimin panik dan mereka bagaikan kehilangan akal melihat hal yang tidak diduga-duga itu. Keadaan mereka dilukiskan oleh al-Quran sebagai berikut:
Ketika mereka datang dari sebelah atas dan dari arah bawahmu, dan tatkala pandangan matamu telah berputar liar, seolah-olah hatimu telah nakh sampai kerongkongan, dan kamu menaruh sangkaan yang bukan-bukan terhadap Allah. (Q.S. 33 al-Ahzab:l0)
Dua puluh empat ribu orang prajurit di bawah pimpinan Abu Sufyan dan Uyainah bin Hishn menghampiri kota Madinah dengan maksud hendak mengepung dan melepaskan pukulan menentukan yang akan menghabisi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, Agama serta para shahabatnya.
Pasukan tentara ini tidak saja terdiri dari orang-orang Quraisy, tetapi juga dari berbagai kabilah atau suku yang menganggap Islam sebagai lawan yang membahayakan mereka. Dan peristiwa ini merupakan percobaan akhir dan menentukan dari fihak musuh-musuh Islam, baik dari perorangan, maupun dari suku dan golongan.
Kaum Muslimin menginsafi keadaan mereka yang gawat ini, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam-pun mengumpulkan para shahabatnya untuk bermusyawarah. Dan tentu saja mereka semua setuju untuk bertahan dan mengangkat senjata, tetapi apa yang harus mereka lakukan untuk bertahan itu?
Ketika itulah tampil seorang yang tinggi jangkung dan berambut lebat, seorang yang disayangi dan amat dihormati oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam Itulah dia Salman al-Farisi radhiyallahu ‘anhu!’ Dari tempat ketinggian ia melayangkan pandang meninjau sekitar Madinah, dan sebagai telah dikenalnya juga didapatinya kota itu di lingkung gunung dan bukit-bukit batu yang tak ubah bagai benteng juga layaknya. Hanya di sana terdapat pula daerah terbuka, luas dan terbentang panjang, hingga dengan mudah akan dapat diserbu musuh untuk memasuki benteng pertahanan.
Di negerinya Persi, Salman radhiyallahu ‘anhu telah mempunyai pengalaman luas tentang teknik dan sarana perang, begitu pun tentang siasat dan liku-likunya. Maka tampillah ia mengajukan suatu usul kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yaitu suatu rencana yang belum pernah dikenal oleh orang-orang Arab dalam peperangan mereka selama ini. Rencana itu berupa penggalian khandaq atau parit perlindungan sepanjang daerah terbuka keliling kota.
Dan hanya Allah yang lebih mengetahui apa yang akan dialami Kaum Muslimin dalam peperangan itu seandainya mereka tidak menggali parit atau usul Salman radhiyallahu ‘anhu tersebut.
Demi Quraisy menyaksikan parit terbentang di hadapannya, mereka merasa terpukul melihat hal yang tidak disangka-sangka itu, hingga tidak kurang sebulan lamanya kekuatan mereka bagai terpaku di kemah-kemah karena tidak berdaya menerobos kota.
Dan akhirnya pada suatu malam Allah Ta’ala mengirim angin topan yang menerbangkan kemah-kemah dan memporak-porandakan tentara mereka. Abu Sufyan pun menyerukan kepada anak buahnya agar kembali pulang ke kampung mereka … dalam keadaan kecewa dan berputus asa serta menderita kekalahan pahit …
PUJIAN RASULULLAH ATAS KECERDASAN SALMAN
Ia pernah tinggal bersama Abu Darda di sebuah rumah beberapa hari lamanya. Sedang kebiasaan Abu Darda beribadah di waktu malam dan shaum di waktu siang. Salman radhiyallahu ‘anhu melarangnya berlebih-lebihan dalam beribadah seperti itu.
Pada suatu hari Salman radhiyallahu ‘anhu bermaksud hendak mematahkan niat Abu Darda untuk shaum sunnat esok hari. Dia menyalahkannya: “Apakah engkau hendak melarangku shaum dan shalat karena Allah?” Maka jawab Salman radhiyallahu ‘anhu: “Sesungguhnya kedua matamu mempunyai hak atas dirimu, demikian pula keluargamu mempunyai hak atas dirimu. Di samping engkau shaum, berbukalah; dan di samping melakukan shalat, tidurlah!”
Peristiwa itu sampai ke telinga Rasulullah, maka sabdanya: Sungguh Salman radhiyallahu ‘anhu telah dipenuhi dengan ilmu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri sering memuji kecerdasan Salman radhiyallahu ‘anhu serta ketinggian ilmunya, sebagaimana beliau memuji Agama dan budi pekertinya yang luhur. Di waktu perang Khandaq, kaum Anshar sama berdiri dan berkata: “Salman radhiyallahu ‘anhu dari golongan kami”. Bangkitlah pula kaum Muhajirin, kata mereka: “Tidak, ia dari golongan kami!” Mereka pun dipanggil oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, dan sabdanya: Salman adalah golongan kami, ahlul Bait.
PENGHORMATAN ALI DAN UMAR TERHADAP SALMAN
Dan memang selayaknyalah jika Salman radhiyallahu ‘anhu mendapat kehormatan seperti itu …! Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu menggelari Salman radhiyallahu ‘anhu dengan “Luqmanul Hakim”. Dan sewaktu ditanya mengenai Salman, yang ketika itu telah wafat, maka jawabnya: “Ia adalah seorang yang datang dari kami dan kembali kepada kami Ahlul Bait. Siapa pula di antara kalian yang akan dapat menyamai Luqmanul Hakim. Ia telah beroleh ilmu yang pertama begitu pula ilmu yang terakhir. Dan telah dibacanya kitab yang pertama dan juga kitab yang terakhir. Tak ubahnya ia bagai lautan yang airnya tak pernah kering”.
Dalam kalbu para shahabat umumnya, pribadi Salman radhiyallahu ‘anhu telah mendapat kedudukan mulia dan derajat utama. Di masa pemerintahan Khalifah Umar radhiyallahu ‘anhu ia datang berkunjung ke Madinah. Maka Umar melakukan penyambutan yang setahu kita belum penah dilakukannya kepada siapa pun juga. Dikumpulkannya para shahabat dan mengajak mereka: “Marilah kita pergi menyambut Salman radhiyallahu ‘anhu!” Lalu ia keluar bersama mereka menuju pinggiran kota Madinah untuk menyambutnya …
KESEDERHANAAN KEHIDUPAN SALMAN
Di tahun-tahun kejayaan ummat Islam, panji-panji Islam telah berkibar di seluruh penjuru, harta benda yang tak sedikit jumlahnya mengalir ke Madinah sebagai pusat pemerintahan baik sebagai upeti ataupun pajak untuk kemudian diatur pembagiannya menurut ketentuan Islam, hingga negara mampu memberikan gaji dan tunjangan tetap. Sebagai akibatnya banyaklah timbul masalah pertanggungjawaban secara hukum mengenai perimbangan dan cara pembagian itu, hingga pekerjaan pun bertumpuk dan jabatan tambah meningkat.
Maka dalam gundukan harta negara yang berlimpah ruah itu, di manakah kita dapat menemukan Salman radhiyallahu ‘anhu? Di manakah kita dapat menjumpainya di saat kekayaan dan kejayaan, kesenangan dan kemakmuran itu …?
Bukalah mata anda dengan baik! Tampaklah oleh anda seorang tua berwibawa duduk di sana di bawah naungan pohon, sedang asyik memanfaatkan sisa waktunya di samping berbakti untuk negara, menganyam dan menjalin daun kurma untuk dijadikan bakul atau keranjang.
Nah, itulah dia Salman radhiyallahu ‘anhu Perhatikanlah lagi dengan cermat! Lihatlah kainnya yang pendek, karena amat pendeknya sampai terbuka kedua lututnya. Padahal ia seorang tua yang berwibawa, mampu dan tidak berkekurangan. Tunjangan yang diperolehnya tidak sedikit, antara empat sampai enam ribu setahun. Tapi semua itu disumbangkannya habis, satu dirham pun tak diambil untuk dirinya. Katanya: “Untuk bahannya kubeli daun satu dirham, lalu kuperbuat dan kujual tiga dirham.
Yang satu dirham kuambil untuk modal, satu dirham lagi untuk nafkah keluargaku, sedang satu dirham sisanya untuk shadaqah. Seandainya Umar bin Khatthab radhiyallahu ‘anhu melarangku berbuat demikian, sekali-kali tiadalah akan kuhentikan!”
Diriwayatkan eleh Hisyam bin Hisan dari Hasan: “Tunjangan Salman radhiyallahu ‘anhu sebanyak lima ribu setahun, (gambaran kesederhanaannya) ketika ia berpidato di hadapan tigapuluh ribu orang separuh baju luarnya (aba’ah) dijadikan alas duduknya dan separoh lagi menutupi badannya. Jika tunjangan keluar, maka dibagi-bagikannya sampai habis, sedang untuk nafqahnya dari hasil usaha kedua tangannya”.
Marilah kita dengar jawaban yang diberikannya ketika berada di atas pembaringan menjelang ajalnya, sewaktu ruhnya yang mulia telah bersiap-siap untuk kembali menemui Tuhannya Yang Maha Tinggi lagi Maha Pengasih.
Sa’ad bin Abi Waqqash datang menjenguknya, lalu Salman radhiyallahu ‘anhu menangis. “Apa yang anda tangiskan, wahai Abu Abdillah”,’) tanya Sa’ad, “padahal Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam wafat dalam keadaan ridla kepada anda?” “Demi Allah, ujar Salman radhiyallahu ‘anhu, “daku menangis bukanlah karena takut mati ataupun mengharap kemewahan dunia, hanya Rasulullah telah menyampaikan suatu pesan kepada kita, sabdanya: Hendaklah bagian masing-masingmu dari kekayaan dunia ini seperti bekal seorang pengendara, padahal harta milikku begini banyaknya”
Kata Sa’ad: “Saya perhatikan, tak ada yang tampak di sekelilingku kecuali satu piring dan sebuah baskom. Lalu kataku padanya: “Wahai Abu Abdillah, berilah kami suatu pesan yang akan kami ingat selalu darimu!” Maka ujamya: “Wahai Sa’ad!
Ingatlah Allah di kala dukamu, sedang kau derita.
Dan pada putusanmu jika kamu menghukumi.
Dan pada saat tanganmu melakukan pembagian”.
Pada hari-hari ia bertugas sebagai Amir atau kepala daerah di Madain, keadaannya tak sedikit pun berubah. Sebagai telah kita ketahui, ia menolak untuk menerima gaji sebagai amir, satu dirham sekalipun. Ia tetap mengambil nafkahnya dari hasil menganyam daun kurma, sedang pakaiannya tidak lebih dari sehelai baju luar, dalam kesederhanaan dan kesahajaannya tak berbeda dengan baju usangnya.
Pada suatu hari, ketika sedang berjalan di suatu jalan raya, ia didatangi seorang laki-laki dari Syria yang membawa sepikul buah tin dan kurma. Rupanya beban itu amat berat, hingga melelahkannya. Demi dilihat olehnya seorang laki-laki yang tampak sebagai orang biasa dan dari golongan tak berpunya, terpikirlah hendak menyuruh laki-laki itu membawa buah-buahan dengan diberi imbalan atas jerih payahnya bila telah sampai ke tempat tujuan. Ia memberi isyarat supaya datang kepadanya, dan Salman radhiyallahu ‘anhu menurut dengan patuh. “Tolong bawakan barangku ini!”, kata orang dari Syria itu. Maka barang itu pun dipikullah oleh Salman radhiyallahu ‘anhu, lalu berdua mereka berjalan bersama-sama.
Di tengah perjalanan mereka berpapasan dengan satu rombongan. Salman radhiyallahu ‘anhu memberi salam kepada mereka, yang dijawabnya sambil berhenti: “Juga kepada amir, kami ucapkan salam” “Juga kepada amir?” Amir mana yang mereka maksudkan?” tanya orang Syria itu dalam hati. Keheranannya kian bertambah ketika dilihatnya sebagian dari anggota rombongan segera menuju beban yang dipikul oleh Salman radhiyallahu ‘anhu dengan maksud hendak menggantikannya, kata mereka: “Berikanlah kepada kami wahai amir!”
Sekarang mengertilah orang Syria itu bahwa kulinya tiada lain Salman al-Farisi radhiyallahu ‘anhu, amir dari kota Madain. Orang itu pun menjadi gugup, kata-kata penyesalan dan permintaan maaf bagai mengalir dari bibirnya. Ia mendekat hendak menarik beban itu dari tangannya, tetapi Salman radhiyallahu ‘anhu menolak, dan berkata sambil menggelengkan kepala: “Tidak, sebelum kuantarkan sampai ke rumahmu!
Suatu ketika Salman radhiyallahu ‘anhu pernah ditanyai orang: Apa sebabnya anda tidak menyukai jabatan sebagai amir? Jawabnya: “Karena manis waktu memegangnya tapi pahit waktu melepaskannya!”
Pada waktu yang lain, seorang shahabat memasuki rumah Salman radhiyallahu ‘anhu, didapatinya ia sedang duduk menggodok tepung, maka tanya shahabat itu: Ke mana pelayan? Ujarnya: “Saya suruh untuk suatu keperluan, maka saya tak ingin ia harus melakukan dua pekerjaan sekaligus”
Apa sebenarnya yang kita sebut “rumah” itu? Baiklah kita ceritakan bagaimana keadaan rumah itu yang sebenamya. Ketika hendak mendirikan bangunan yang berlebihan disebut sebagai “rumah” itu, Salman radhiyallahu ‘anhu bertanya kepada tukangnya: “Bagaimana corak rumah yang hendak anda dirikan?” Kebetulan tukang bangunan ini seorang ‘arif bijaksana, mengetahui kesederhanaan Salman radhiyallahu ‘anhu dan sifatnya yang tak suka bermewah mewah. Maka ujarnya: “Jangan anda khawatir! rumah itu merupakan bangunan yang dapat digunakan bernaung di waktu panas dan tempat berteduh di waktu hujan. Andainya anda berdiri, maka kepala anda akan sampai pada langit-langitnya; dan jika anda berbaring, maka kaki anda akan terantuk pada dindingnya”. “Benar”, ujar Salman radhiyallahu ‘anhu, “seperti itulah seharusnya rumah yang akan anda bangun!”
Tak satu pun barang berharga dalam kehidupan dunia ini yang digemari atau diutamakan oleh Salman radhiyallahu ‘anhu sedikit pun, kecuali suatu barang yang memang amat diharapkan dan dipentingkannya, bahkan telah dititipkan kepada isterinya untuk disimpan di tempat yang tersembunyi dan aman.
WAFATNYA SALMAN AL-FARISI
Ketika dalam sakit yang membawa ajalnya, yaitu pada pagi hari kepergiannya, dipanggillah isterinya untuk mengambil titipannya dahulu. Kiranya hanyalah seikat kesturi yang diperolehnya waktu pembebasan Jalula dahulu. Barang itu sengaja disimpan untuk wangi-wangian di hari wafatnya. Kemudian sang isteri disuruhnya mengambil secangkir air, ditaburinya dengan kesturi yang dikacau dengan tangannya, lalu kata Salman radhiyallahu ‘anhu kepada isterinya: “Percikkanlah air ini ke sekelilingku … Sekarang telah hadir di hadapanku makhluq Allah’) yang tiada dapat makan, hanyalah gemar wangi-wangian Setelah selesai, ia berkata kepada isterinya: “Tutupkanlah pintu dan turunlah!” Perintah itu pun diturut oleh isterinya.
Dan tak lama antaranya isterinya kembali masuk, didapatinya ruh yang beroleh barkah telah meninggalkan dunia dan berpisah dari jasadnya … Ia telah mencapai alam tinggi, dibawa terbang oleh sayap kerinduan; rindu memenuhi janjinya, untuk bertemu lagi dengan Rasulullah Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan dengan kedua shahabatnya Abu Bakar dan Umar, serta tokoh-tolroh mulia lainnya dari golongan syuhada dan orang-orang utama ….
Salman radhiyallahu ‘anhu …. Lamalah sudah terobati hati rindunya Terasa puas, hapus haus hilang dahaga. Semoga Ridla dan Rahmat Allah menyertainya.
Sumber : klik

Artikel Lainnya:
No Response to "Salman Al-Farisi: Pejuang Islam Dari Persia"
Posting Komentar